STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.
0 Comments
|